Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah SWT dengan izinNya sebagai permulaan blog ini dapat di siapkan. Ia akan menjadi perantara di antara Aman Palestin Terengganu dengan anggota masyarakat Malaysia dan khususnya masyarakat di negeri Terengganu. Terima kasih dan jazakillahi khairan kathira kepada Atiqah Solehah yang banyak membantu Moderator dalam menyediakan blog ini untuk tatapan anda semua. Semoga Allah SWT mengira amal kita ini sebagai amal soleh yang diberi ganjaran pahala di akhirat nanti.
Saya sebagai moderator blog ini mengucapkan selamat datang kepada anda semua untuk melayari blog ini bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa mengenai keadaan dan situasi umat Islam khususnya masyarakat Islam di Palestin. Dengan ini kita sama-sama dapat memberikan bantuan dan sumbangan dalam usaha meringankan penderitaan hidup mereka. Ini selaras dengan maksud hadis Nabi yang memerintahkan kita untuk mengambil tahu dan memberi perhatian kepada saudara seislam kita.
"Barangsiapa yang tidak mengambil peduli keadaan orang Islam, bukanlah ia dari kalangan kami"
Keimanan dan keislaman kita menuntut supaya kita menjaga dan memelihara tangggungjawab kita kepada saudara seislam kita yang menerima bencana dan musibah diseluruh dunia khususnya masyarakat Islam Palestin. Allah SWT telah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud
" Sesungguhnya hanyasanya orang-orang yang beriman itu bersaudara .............."
Oleh itu marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab dan hak-hak saudara seislam kita yang lain sama ada melalui sokongan moral, malalui harta, melalui tenaga, melalui pemikiran ataupun doa kita kepada mereka.
Sekian. Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Moderator Aman Palestin Terengganu
10 Disember 2010 bersamaan 4 Muharram 1432
No comments:
Post a Comment